BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, June 9, 2010

~ Kak Ani ~

Takdir dan ketentuan yang telah Allah tetapkan tiada siapa yang mengetahuinya...sebagai hamba Allah kita sekadar merancang...namun Allah yang menentu perjalanan hidup hambaNya...tiada apa yang dapat kita ungkap segala suratan takdir dari Yang Maha Esa...

Sebak..pilu..meruntun hati dan perasaan...redha dengan segalanya...tiada secalit kekusutan terpancar diwajah yang ku kenali ini...22 tahun ku mengenali hati budi dan keluhuran seorang wanita...isteri dan ibu yang cekal ini...mesra dengan sapaan..'kak ani'..

Masakan kak ani terlalu istimewa...sewaktu masih berkerja suatu masa dulu...masakan kak ani sering sampai ke rumah ku...masa terluang kala menjengah ke dapur kak ani...pasti tidak menghampakan...ada saja juadah yang tersaji di atas meja...kenangan sampai keakhir hayat ku.. 
 
Tabah membesarkan anak-anak...Alhamdulillah anak-anaknya berjaya dalam pelajaran dan kerjaya masing-masing...menjaga suami tercinta yang sekian lama mengidap sakit buah pinggang...dan kini kak ani telah kehilangan sebahagian kaki kirinya kerana serangan 'diabetes'..

Kehadrat Allah SWT doa dipohon semuga kak ani tabah...cekal dan sentiasa sabar menghadapi segala ujian Allah...pengorbanan kak ani untuk suami tercinta dan anak-anak tersayang pasti Allah meletakkan kak ani ditempat yang teristimewa..InsyaAllah..