BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, June 9, 2010

~ Kak As ~

 
 Puan Hasnah...mesra dengan panggilan 'Kak As'....wanita...isteri dan ibu yang istimewa...kehilangan suami tercinta ketika Kak As baru menjalani pembedahan membuang 'tumor' disebelah kanan kepala...pemergian suami tercinta dalam sekelip mata setelah koma empat hari kerana serangan 'strok'...

Sesiapa pun jua yang berada di situasi Kak As...pasti merasakan gelap gelita dunia Allah ini...arwah suami yang menjaga makan pakai selama Kak As menjalani rawatan dan selamat menjalani pembedahan...cerita Kak As...''Abang nazri yang mandikan kak as...sebelum pergi kerja...sediakan sarapan dan tengahari balik masak dan suapkan kak as...'' Alangkah bahagia nya kesempatan yang Allah anugerahkan kepada hambaNya...

Takdir Allah SWT mengatasi segala perancangan hambaNya...segalanya amat menginsafkan diri ini...Doa tulus ikhlas untuk Kak As semuga cekal dan sabar sentiasa menghadapi segala ketentuan Allah...Allah sayang kepada hambaNya...doa kami akan sentiasa mengiringi hidup Kak As...